Senarai Pembelian

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 Kursus  
 
KURSUS PENGURUSAN PENTERNAKAN KAMBING JAMNAPARI
Latar Belakang Kursus
Syarat-syarat Kursus
Tentatif Program Kursus
Galeri Kursus
 
Latar Belakang Kursus

UK Farming Sdn. Bhd. telah mula menganjurkan kursus peternakan semenjak 2005. Pada masa itu, kursus peternakan dianjurkan dengan usahasama RISDA Johor dan telah disertai oleh seramai 45 peserta.

Semenjak 2010, kursus ini dianjurkan oleh UK Farm Sdn. Bhd. dan dijalankan setiap 3 bulan sekali. Kami juga menyediakan kemudahan bilik seminar, penginapan, lading ternakan, surau dan dewan makan yang mampu menampung sehingga 50 orang peserta pada suatu masa. Syarikat kami telah diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan, Kementerian Sumber Manusia Malaysia sebagai syarikat  SLDN.

Melalui kursus pengurusan ternakan anjuran pihak kami, peserta kursus akan dapat memahami asas-asas pengurusan ladang ternakan dan latihan praktikal ladang ternakan kambing untuk melahirkan lebih ramai usahawan ternakan kambing.

Syarat-syarat kursus :
Tempoh Kursus: 3 hari 2 malam
Bayaran Penyertaan : RM 1,200.00/peserta
Terbuka kepada penternak / individu  yang berminat
Kursus diadakan setiap tiga bulan sekali
50% deposit sebagai tempahan dan bayaran penuh perlu dijelaskan pada masa pendaftaran kursus.
Bank-in deposit  anda ke  RHB Bank akaun no 20135200018580 (UK Farm Sdn. Bhd.)
Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta kursus.
Tempahan tempat dan deposit perlu dibuat awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
Kursus akan disampaikan dalam Bahasa Melayu dan  Bahasa Inggeris , namun anda boleh menggunakan  Bahasa Cina ketika sesi soal jawab dengan pensyarah.
 

Bayaran Penyertaan Merangkumi

Penginapan di chalet
3 kali makan + 2 Tea Break setiap hari (HALAL)
Perkhidmatan WIFI
Bahan dan buku panduan
Penyelia Kursus :

Mr. Goh Un Keng (Pengarah Pengurusan UK Group)

Pensyarah : Mr Badri Kasnon
Pensyarah jemputan : Pegawai JPV
 
Tentatif Program Kursus
HARI PERTAMA
1400 - 1500 Pendaftaran
1500 - 1530 Ice breaking dan pengenalan
1500 - 1730 Kuliah & Demo
  - Pengenalan industri ternakan kambing di Malaysia
  - Pengenalan kepada sistem pengurusan penternakan
  - Peluang perniagaan ternakan
  - Pengenalan kepada jenis kambing & bebiri
1730 - 1930 Rehat, mandi dan solat
1930 - 2030 Makan malam
2030 - 2230

Kuliah & Demo
  - Reke bentuk / susun atur kandang
  - Bahan mentah kandang
  - Pembinaan kandang
  - Peralatan kandang

2300 Rehat / tamat sesi hari pertama
 
HARI KEDUA
0600 - 0700 Mandi & solat
0700 - 0800 Sarapan
0800 - 1000 Kuliah & Demo
  - Pengurusan anak dan kambing muda
  - Pengurusan pejantan dan induk betina
  - Pengurusan makanan / rumput
  - Rekod penternakan
1000 - 1015 Rehat
1015 - 1200

Kuliah & Demo
  - Pengurusan kesihatan
  - Terapi dan penggunaan ubat-ubatan

1200 - 1400 Makan tengahari dan Solat
1400 - 1600

Praktikal ladang
  - Proses pemerahan susu
  - Pemprosesan bahan makanan

1600 - 1830

Latihan praktikal
  - Memotong kuku
  - Mandi
  - Intektisida dan membasmi kutu
  - Ubat (makan, suntikan, semburan dan lain-lain)

1830 - 1930 Rehat, mandi dan Solat
1930 - 2030 Makan malam
2030 - 2230

Kuliah & Demo
  - Produk berpotensi
  - Strategi pemasaran

2230 Rehat / Tamat sesi hari kedua
 
HARI KETIGA
0600 - 0700 Mandi & Solat
0700 - 0800 Sarapan
0800 - 1000 Melawat UK Farm Agro Resort
1000 - 1015 Rehat
1015 - 1200

Sesi soal jawab (bersama pegawai DVS)
Penganugerahan sijil kursus dan sesi fotografi

1200 - 1400 Makan tengahari
1400 Kursus tamat
 
** Untuk keterangan  lanjut boleh menghubungi : Azizah/ Nisa 07-7597 555/5018
    Jadual akan berubah mengikut kesesuaian masa (jika diperlukan) tanpa diberitahu awal kepada peserta.